
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Seremban mendenda seorang lelaki RM10,000 atas dua pertuduhan menyimpan landak raya dan burung murai batu dilindungi tanpa lesen tahun lalu.
Sinar Harian melaporkan Muhammad Nazrin Md Yunus, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mohamad Kamil Nizam, yang turut mengarahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda.
Dia didapati menyimpan tanpa lesen seekor landak raya (Hystrix brachyura) dan burung murai batu (Copsychus malabaricus), hidupan liar dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], di sebuah rumah di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang, Jelebu kira-kira 1.30 tengah hari 21 Mei 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta 716 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau…