

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah mengedar dadah seberat lebih enam kilogram di Lapangan Terbang Tawau, dua tahun lepas.
Hii Sieng Kang, 31, sepatutnya menjalani perbicaraan selama empat hari bermula hari ini, namun membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos.
Ritikos kemudian memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 30 Julai 2024.
Tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 6,968.6 gram di Balai Ketibaan Terminal, Lapangan Terbang Tawau di sini pada 12.30 tengah hari, 30 Julai 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman…