

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana melakukan khianat terhadap enam kenderaan dengan membaling batu di Lebuhraya Sprint, Bukit Damansara.
Ketua Polis Brickfields, Hoo Chang Hook, berkata enam laporan diterima semalam berhubung kejadian yang berlaku di Jalan Setia Puspa, Lebuhraya Sprint, kira-kira 11 pagi.
Jelasnya, seorang mangsa cedera di tangan dan badan akibat terkena serpihan cermin hadapan serta batu yang dibaling.
“Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan keadaannya dilaporkan stabil, manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Jumlah kerugian dialami semua mangsa dianggarkan melebihi RM20,000,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, warga tempatan itu ditahan stidak lama selepas kejadian, dengan sebuah beg mengandungi batu serta…