Menerusi video yang dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALLL di laman X, kelihatan lelaki berkenaan sedang mandi sambil mencuci bajunya di air terjun itu.
Walaupun dia dipercayai tidak waras, ramai berpendapat kerajaan harus membuat sesuatu untuk menangani masalah ini.
“Sumpah semak dengan orang gila kat KL ni. Dengan orang gila nya dengan homeless dengan pendatang nya. Mencemarkan pemandangan KL dan membahayakan orang awam,” kata @MALAYSIAVIRALLL.
Walau bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen pula mendapati ada netizen yang memberikan pandangan lain terhadap isu tersebut.