

Seorang lelaki ditahan di Pasir Puteh, Kelantan susulan penularan sebuah video di media sosial memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing.
Ketua Polis Pasir Puteh Saari Yaacob berkata satu laporan diterima berhubung video tular itu di Threads semalam.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan (jenayah seksual luar tabii) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penggunaan kemudahan rangkaian tidak wajar),” katanya dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat belum disahkan sehingga boleh menjejaskan siasatan.
“Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan semula video berkenaan demi menghormati sensitiviti awam dan mengelakkan penyebaran kandungan tidak…