
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membuat catatan berbaur ugutan jenayah di media sosial terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak, Kuala Lumpur semalam.
Tiada huraian lanjut tentang catatan yang dikatakan berbaur ugutan itu dalam kenyataan polis.
“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” tegas Shuhaily dalam kenyataan.
“Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.”
Menurut polis, setakat ini terdapat empat laporan diterima berhubung isu ini dan permohonan reman dibenarkan selama tiga hari.
Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun…