Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki disyaki curi tabung masjid RM3,000

today9 September 2024

Background


Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang lelaki menggalas beg penghantaran mengumpil dua tabung di Masjid An-Nur, USJ 4, Subang. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki mencuri kira-kira RM3,000 daripada dua tabung di Masjid An-Nur, USJ 4, Subang semalam.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan diterima daripada setiausaha masjid pada 9.30 malam dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku 11.40 pagi semalam.

“Seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan memakai topi keledar serta menggalas beg penghantaran dilihat memasuki masjid.

“Suspek kemudian mengumpil dua tabung, masing-masing tabung pembangunan dan utiliti yang diletakkan di pekarangan pintu masuk masjid menggunakan besi,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Mahal sangat bayar gaji Hang Seo RM218,000 sebulan

Kuala Lumpur: Tangga gaji AS$50,000 (RM218,000) sebulan untuk bekas pengendali Vietnam, Park Hang Seo disifatkan terlalu tinggi sekali gus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mempertimbangkan sewajarnya jika benar-benar mahu mengikat jurulatih itu.

today9 September 2024