
Seorang lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan didakwa memprovokasi petugas pengiring, dalam kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian itu berlaku pada 6.39 petang membabitkan seorang lelaki berumur 41 tahun.
“Individu terbabit bertindak secara provokatif dan dia dibawa ke pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut termasuk ujian Evidential Breath Analyzer (EBA).
“Hasil ujian pernafasan mendapati bacaan alkohol adalah 107 mg/100 ml darah, melebihi had yang dibenarkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.
Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
“Tangkapan terhadap pemandu…