Hot FM

Lelaki disyaki terlibat kes dadah ditembak di Seremban


Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, mengesahkan seorang lelaki disyaki terlibat kes dadah ditembak. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:

Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes dadah ditembak mati dalam kejadian di Garden Homes, tengah hari tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata kejadian berlaku pada 1.50 petang dan maklumat lanjut akan dikongsikan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, esok.

“Saya sahkan kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan lelaki berusia 50-an itu dipercayai mempunyai lapan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, termasuk orang dikehendaki untuk kes bawah Akta Penculikan.

Terdahulu, penduduk sekitar yang mahu dikenali sebagai Ali, 72, berkata beliau berada di rumah selepas selesai menunaikan solat ketika dimaklumkan jiran mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata jiran tersebut memaklumkan terdengar bunyi seperti beberapa das tembakan, namun beliau tidak mendengarnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version