Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki disyaki toreh muka rakan dalam pergaduhan ditahan

today16 August 2022

Background



Polis berkata suspek juga memiliki 11 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

PETALING JAYA: Lelaki disyaki menoreh muka rakan menggunakan pisau lipat dalam pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, minggu lalu ditahan hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Semenyih, 2 pagi tadi.

Katanya, semakan polis mendapati, suspek memiliki 11 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya menurut Bernama.

Jelasnya lagi, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post