
PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membuat panggilan palsu berhubung ancaman bom di pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, Ipoh semalam.
Warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Tasek, dekat Ipoh kira-kira 9.30 malam, hampir lima jam selepas laporan ancaman bom itu diterima.
Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan berkata, berdasarkan keterangan dan pengakuan, suspek bertanggungjawab terhadap panggilan ancaman bom itu kepada pengurusan pusat beli-belah.
“Polis turut merampas peranti komunikasi digunakan suspek untuk membuat panggilan tersebut.
“Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, laporan ancaman bom itu diterima pada 4.50 petang daripada pekerja yang menerima panggilan…