
Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan isu kalimah Allah pada dinding sebuah pondok penyembahan di belakang kedai perkakasannya di Seriab, Kangar.
Penahanan itu susulan laporan polis dibuat Ketua Pemuda Umno Kangar, Saiful Fariddil Jasmi, hari ini. Beliau turut memuat naik sebuah klip video, di mana beliau dilihat menegur seorang lelaki.
Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Yusop, berkata suspek ditahan petang tadi untuk disiasat atas perbuatan melukakan perasaan agama seseorang dan tingkah laku menghina.
“Kami meminta orang ramai bertenang dan berhenti membuat andaian atau provokasi. Biar polis siasat perkara ini,” katanya dalam kenyataan.
Insiden ini menyusul kira-kira sebulan selepas kalimah Allah dan satu lagi istilah Islam ditulis pada dinding sebuah pondok penyembahan di Jasin, Melaka.
Pondok penyembahan…