IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang di sini.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan orang awam bahawa suspek yang disyaki kurang siuman membawa sebilah pisau ke lokasi kejadian pada 1.56 tengah hari semalam.
Kira-kira 2 petang, menurutnya, polis menahan suspek yang sedang mengamuk dan merampas pisau itu.
“Suspek seorang warga tempatan berusia 31 tahun yang merupakan penganggur. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan jenayah dan sembilan bagi dadah,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Katanya, suspek dibawa ke…