Suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi Facebook.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dalam siasatan ke atas hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor di Facebook.
Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata, lelaki berumur 35 tahun itu dipercayai memuat naik hantaran itu menerusi akaun “Indera Mulia” pada 20 Apr lalu.
Dia ditahan di sebuah rumah di Puchong.
“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas satu buah telefon bimbit jenama Samsung dan satu keping simcard Redzone,” katanya dalam kenyataan.
Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada 25 April di IPD Dang Wangi.
“Siasatan kes dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)…