Ia dipercayai rampasan daun ketum terbesar di daerah Lipis setakat ini.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bersama daun ketum dianggarkan seberat 450kg di Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis, Pahang semalam.
Ia dipercayai rampasan daun ketum terbesar daerah itu setakat ini.
Sebanyak 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk serta dadah jenis kodein turut dirampas.
Ketua Polis Lipis Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 33 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan pada 6.45 pagi semalam.
“Semua daun ketum dan cecair itu ditemui dalam plastik hitam disimpan di muatan belakang pacuan empat roda yang berada di depan sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.
“Siasatan awal mempercayai suspek memperoleh semua barangan itu dari Sik, Kedah,” katanya.
Beliau berkata, sebilah parang dan wang tunai RM550 turut dirampas, menjadikan nilai…