Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki ditahan dera kucing

today25 November 2024

Background


abuse cat
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menarik seekor kucing menggunakan tali diikat pada leher haiwan itu. (Gambar File)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki disyaki mendera kucing dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata video sembilan saat itu dimuat naik pengguna TikTok kira-kira 5.26 petang kelmarin.

“Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat di leher haiwan itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya pada 6.10 petang Ahad,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields 03-22979222.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Kerja keras The Cops berbaloi

Seremban: "Terima kasih kepada Hadi Fayyad (Abdul Razak) dan Ifedayo (Olusegun) yang membantu kita capai kemenangan malam ini (semalam)," kata ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P Maniam.

today25 November 2024