
BELURAN: Polis menafikan rakaman video tular melibatkan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan darat (RCP) Sapi Nangoh di sini berkaitan kes penculikan.
Ketua Polis Beluran, Kasim Muda berkata video 18 saat itu memaparkan sebuah kenderaan cuba mengelak pemeriksaan polis.
“Ketika kejadian, kereta berkenaan melarikan diri menuju ke arah Kota Kinabalu semasa pemeriksaan sedang dijalankan di RCP Sapi Nangoh sebelum ditahan polis.
“Suspek yang menaiki kereta tersebut, iaitu seorang lelaki tempatan, cuba melarikan diri daripada sekatan jalan ketika pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, suspek berjaya diberkas pada hari sama di tempat kejadian, selepas dia berpatah balik untuk menyerah diri.
“Tangkapan kira-kira 5 petang itu turut melibatkan rampasan sebuah kereta Perodua Aruz berwarna hitam oleh polis. Kes disiasat di…