Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki ditahan miliki hidupan liar tanpa dokumen sah

today29 August 2026

Background


Dua ekor burung yang dirampas pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah premis di Kota Bharu pada 23 Ogos lalu. (Gambar Perhilitan)
KOTA BHARU:

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memiliki beberapa spesies hidupan liar tanpa dokumen sah dalam serbuan di sebuah premis oleh Wildlife Crime Unit Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Polis Marin Wilayah 3 di sini pada 23 Ogos lalu.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita beberapa hidupan liar termasuk burung ayam-ayam, Merbah Luris Leher dan burung Helang Siput, dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM36,350.

“Lelaki itu yang merupakan penghuni premis ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah hidupan liar boleh menyalurkannya kepada Hotline Perhilitan menerusi talian 1-800-88-5151 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam Perhilitan www.wildlife.gov.my.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post