
KUCHING: Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga semalam, mengeluarkan senjata api semasa anggota polis menghampiri kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail.
Beliau berkata, ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
“Demi mempertahankan diri, anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah pemandu berkenaan, dan pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, terdahulu lima anggota polis terserempak kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Wan Alwi dan suspek diarahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan, namun suspek bertindak memecut kenderaannya, dan cuba melarikan…