Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki dituduh pandu lori bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian

today1 October 2024

Background


Jimhar Albasar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan memandu bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memandu bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, Jumaat lalu.

Jimhar Albasar, 30, didapati memandu lori jenis Nissan bawah pengaruh dadah berbahaya jenis metamfetamina sehingga menyebabkan kematian Mutia Sharinia Erpie Mustapa, 31, di Jalan Persiaran Negeri, Nilai pada 4.15 petang, 27 Sept lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta hilang kelayakan memandu tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Jambor perkuat jentera tengah SFC

Kuala Lumpur: Misi Selangor FC (SFC) untuk tampil padu dalam kempen sulung Liga Juara-Juara Asia ll (ACL ll) musim ini tampak pada landasan tepat selepas mengikat seorang lagi awang import bagi menguatkan jentera tengah pasukan itu.

today1 October 2024