Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna

today21 August 2022

Background



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata, maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing. (Gambar Bernama)

SEMPORNA: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata mangsa Azman Tugau dilaporkan telah diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.

“Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Faizal dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Faizal ketika dihubungi pemberita berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post