Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki hilang lebih seminggu ditemukan meninggal dunia dalam kereta

today21 December 2024

Background


Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat.

PETALING JAYA: Kehilangan seorang lelaki berusia 55 tahun di Kuantan sejak 13 Dis lepas terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaannya di kawasan parkir sebuah restoran di Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

Sinar Harian melaporkan, mayat Safri Mohd Ali ditemukan oleh orang awam dalam keadaan separuh tertunduk di tempat duduk pemandu Perodua Viva tersebut yang didapati berada di lokasi sama selama lebih seminggu.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pengadu yang menghidu bau busuk dari dalam kenderaan itu mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalamnya.

“Pasukan penyiasat yang tiba di lokasi mendapati mayat berada dalam keadaan membengkak, dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenazah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post