
Seorang lelaki dipenjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini selepas mengaku bersalah membuat kenyataan jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong pada September tahun lalu.
Orang kena saman (OKS), Mohd Hafiz Haron, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Firdaus Md Isa, lapor Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik melampau sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Kesalahan itu dilakukan pada 7.30 pagi, 11 September 2025 menggunakan aplikasi TikTok melalui akaun @muhammad.bin.abdu969.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia…