Menerusi video yang dimuat naik oleh @farisazri, kelihatan suami isteri itu sedang duduk di atas batu sungai sebelum ingin bangun untuk naik ke darat semula.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila kawan lelaki itu yang berada di seberang spontan menghulurkan tangannya kepada isterinya tersebut kerana risau dia akan tergelincir.
Walau bagaimanapun, belum sempat si isteri memegang tangan kawannya, lelaki itu pantas mengambil batu kecil di sungai serta membuat mimik muka sebagai ‘peringatan halus’ kepada kawannya supaya jangan mengambil kesempatan.