Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Indonesia cuba seludup 12kg dadah ikut jalan laut ditahan

today2 December 2024

Background


Sazalee Adam
Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam (kiri) menunjukkan rampasan dadah jenis syabu, ganja dan MDMA bernilai RM217,424 pada sidang media di IPD Barat Daya hari ini. (Gambar Bernama)

BALIK PULAU: Cubaan seorang lelaki warga Indonesia membawa keluar lebih 12kg dadah pelbagai jenis bernilai kira-kira RM217,424 melalui jalan laut gagal apabila dicekup polis pagi semalam.

Ketua Polis Barat Daya Sazalee Adam berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 8.30 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Barat Daya hasil maklumat dan risikan.

Beliau berkata, suspek ditahan di sebuah jeti di Teluk Bahang bersama beg mengandungi syabu, ganja dan MDMA ketika hendak menaiki bot dipercayai untuk pulang ke Indonesia.

“Pemeriksaan ke atas beg berkenaan membawa kepada penemuan enam ketulan disyaki ganja anggaran berat 6.5kg bernilai RM20,150, enam bungkusan disyaki syabu 6.1kg bernilai RM195,200 dan dua paket disyaki MDMA dianggarkan seberat 34g bernilai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA