Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Lelaki Indonesia Lebih Romantik” – Little Miss Khan

today22 October 2024

Background

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan lebih menyukai jejaka dari Indonesia yang dikatakan mempunyai perwatakan lebih romantik berbanding lelaki Malaysia.

Menerusi video tular di TikTok, adik kepada selebriti Noor Neelofa ini berkongsi pengalamannya bercinta dengan lelaki Malaysia yang berakhir menjadi hubungan toksik.

“Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir atau Malaysia. Saya kenal ramai yang dari Malaysia, mereka sangat baik.

“Tetapi orang Indonesia sangat ‘soft spoken’, memahami, ambil berat dan tidak toksik.

“Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang Malaysia apabila terlalu mencintai, hubungan itu lama-kelamaan menjadi toksik.

“Orang Indonesia sangat ‘sweet’, kalau ketika sedang menelefon, dia akan panggil ‘hi cinta, tengah buat apa tu’. Saya suka begitu,” katanya.

Sementara itu, Ameera juga berkata dia tidak terburu-buru dalam mencari pasangan yang tepat dalam hidupnya.

“Saya masih muda, baru 23 tahun. Saya masih mencari lelaki yang tepat untuk diri saya.

“Jadi saya tidak boleh tergopoh-gapah sekiranya jumpa seorang lelaki terus katakan dia adalah yang dicari selama ini, tidak begitu.

“Saya perlu mengenali beberapa lelaki untuk menilai mana yang ada potensi, mana yang lebih selesa berkawan, mana yang tak boleh pakai langsung,” katanya lagi.

@affendyjailani

#ameerakhan suka lelaki dari #indonesia ? #Neelofa #fyp #fypシ゚viral #bukakmulut #artismalaysia #malaysiatiktok #foryou #foryoupage

♬ original sound – Affendy Jailani – Affendy Jailani

Sebelum ini, Ameera berkongsi amalan yang dilakukan setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu membaca lima Bismlllah dan beberapa zikir.

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Kongsi Amal Baca 5 Bismillah Selepas Bangun Tidur – “Saya Serahkan Semuanya Kepada Allah, So That I Can Start My Day Fresh”

Artikel Berkaitan: “Shut Your Mouth & Piss Off”- Ameera Khan Perjelas Spekulasi Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen

Written by: Aqilah


Previous post