Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Indonesia maut dibaham harimau

today29 November 2023

Background


Lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai maut dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

GUA MUSANG: Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Shabaini, 36, dan mayatnya dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan di bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan.

Beliau berkata terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk setempat dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 1.30 tengah hari.

“Hasil operasi kira-kira satu jam di tempat kejadian, pasukan SAR menemukan mayat mangsa di kawasan cerun kira-kira 200m dari lokasi motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post