Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Ini Hiburkan Wanita OKU Dengan Lagu P. Ramlee, Lihat Reaksinya!

today31 August 2019

Background

Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan silaturahim.

Amalan mengunjungi rumah warga tuaΒ untuk menziarahi mereka juga adalah perkara yang dituntut.

Ini kerana amalan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan warga tua dengan masyarakat sekitar,Β meringankan kesusahan yang ditanggung dan paling penting, warga tua akan merasakan bahawa mereka masih diperlukan oleh komuniti.

Rabu lalu seorang lelaki di Twitter tular apabila berkongsi video melawat rumah orang-orang kurang upaya (OKU).

@meltqeen menarik perhatian netizen apabilaΒ menyanyikan lagu seniman agung P.Ramlee kepada seorang wanita penghuni rumah OKU tersebut.

Katanya, wanita itu amat meminati P. Ramlee atau nama sebenarnyaΒ Teuku Tan Sri Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh!

Wah, sampai ke telinga dia senyum! Sehingga kini rakaman tersebut telah mendapat ratusan ribu tontonan dengan 10.6K retweets dan 18.1K likes sejak dimuatnaik.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila melihat bagaimana wanita itu memberikan respon kepada nyanyian lelaki ini.

https://twitter.com/yoursanctuaryy/status/1166730608418050055

https://twitter.com/haziami/status/1166719055014682624

https://twitter.com/amirhassin/status/1166996324941615104

Setiap yang muda pasti merasai hari tua. Selagi kita hidup, berbuat baiklah sesama manusia.

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada semua pembaca.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *