Menerusi laman Twitter, Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail telah berkongsikan gambaran tentang keadaan duit rosak atau terkoyak yang boleh ditukarkan di BNM serta nilainya.
Antaranya adalah sekiranya wang tersebut telah terkoyak lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas, antara 1/2 hingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas atau kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas.
Bukan itu sahaja, sebenarnya BNM sememangnya mempunyai dasar yang membolehkan kita menukar wang kertas dan syiling yang dianggap “tidak sesuai untuk edaran”.
Buat yang tidak tahu, selain daripada wang kertas yang terkoyak, kita juga boleh menukar wang kertas Malaysia yang telah robek, ber-selotape, terbakar atau dimakan oleh anai-anai, mereput, berconteng, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, duit yang telah diconteng tidak boleh ditukar.
