
KUALA LUMPUR: Seorang warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengedar enam pucuk pistol ke Malaysia dan memiliki 158 butir peluru.
Shalom Avitan didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana mengedar pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata kerana memiliki peluru.
Senjata api yang dinyatakan dalam pertuduhannya ialah Glock 19 USA, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA serta Stoeger Cougar 8000F.
Manakala peluru didakwa dalam pemilikannya ialah sekotak Shell Shock NAS3 9mm (lapan butir peluru) dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 butir peluru).
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini antara 26 dan 28 Mac lalu.
Jika didapati bersalah mengedar senjata api, Avitan boleh dihukum penjara antara 30 dan 40 tahun serta…