Site icon Hot FM

Lelaki jatuh jambatan PP suspek kes bunuh wanita


Lelaki warga tempatan berusia 20-an itu dilaporkan diselamatkan nelayan selepas jatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi tadi sebelum ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang wanita.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang diselamatkan selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi tadi ditahan polis selepas dikenalpasti sebagai suspek bagi kes tetak dan bunuh seorang wanita di Butterworth.

Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie berkata suspek ditahan polis tetapi masih menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan ringan pada kaki, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, lelaki warga tempatan berusia 20-an itu dilaporkan diselamatkan nelayan selepas jatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi tadi.

Asri berkata, sebelum kejadian itu polis menerima laporan seorang wanita warga tempatan ditetak di Jalan Raja Uda, Butterworth pada jam 11.10 pagi.

Katanya, suspek menetak bahagian belakang leher mangsa menggunakan sebilah parang.

“Mangsa dibawa ke Hospital…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version