Tertuduh sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar dalam kes tular baru-baru ini.

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki yang sebelum ini dipenjara tujuh hari kerana mengasari seorang pemandu wanita di Lata Iskandar, hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan hari pula oleh Mahkamah Majistret atas dua tuduhan menampar pelayan restoran.
Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman turut menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, bagi setiap tuduhan selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan yang dibacakan secara berasingan. Jika gagal membayar denda, Zaim akan dipenjara sembilan hari lagi.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari bagi setiap tuduhan, yang berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan, iaitu…