Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Kembara Dunia Dengan Kereta Sendiri, Tak Sangka Jumpa Pusat Servis Perodua Di Nepal

today6 May 2024

Background


Menerusi perkongsian oleh Fauwaz Zamzam, dia terkejut selepas menemui pusat servis Perodua ketika dia berada di Kathmandu, Nepal.

Dia mula tular selepas memulakan perjalanan luar biasa iaitu dengan memandu Proton Wiranya sejauh 12,000 kilometer untuk sampai ke Tibet.

Difahamkan, pusat servis berkenaan bukan sahaja menyediakan penyelenggaraan untuk model Perodua, malah turut menawarkan perkhidmatan untuk jenama lain termasuk Toyota.

Pusat servis tersebut turut mempamerkan sijil yang mengesahkan akreditasinya sebagai pusat servis rasmi Perodua, yang menekankan standard profesionalnya.

Fauwaz memberitahu dalam posting bahawa dia bercadang untuk pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri dan kemudian kembali ke Nepal.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Tanaka mahu kekal momentum

Ipoh: Bintang muda Jepun, Tsubasa Tanaka mahu meneruskan prestasi cemerlangnya apabila bertemu Pakistan pada saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), esok.

today6 May 2024