Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Kena ‘Ketuk’ Sampai RM800 Baiki Motosikal Di Bengkel Warga Asing Tapi Makin Rosak

today2 May 2025

Background


Menerusi video di akaun TikTok @mieyfikrihilmi96, lelaki itu mendakwa telah menghantar motosikal jenis Yamaha Y15 ke bengkel itu selepas mengalami kerosakan yang hampir seminggu.

Malah, dia memberitahu bengkel terbabit telah mengenakan caj sebanyak RM800, namun keadaan motornya semakin teruk.

“Elakkan datang baiki motosikal anda semua di salah sebuah bengkel, saya baiki motor di sini, semakin rosak dibuatnya,” tulisnya.

Dia juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mahu orang lain terkena sepertinya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut berkongsi pengalaman sama mereka terhadap kedai terbabit. Ada juga sebelum ini yang sudah ‘terkena’ dengan caj yang tidak masuk akal.

Lihat antara komen-komen netizen di bawah:

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post