PETALING JAYA: Seorang bapa menggesa polis mengambil tindakan segera selepas mendakwa anak lelakinya berusia empat tahun didera guru dalam kejadian di sebuah taska di Pandamaran, Klang bulan lalu.
Lelaki itu berkata, dia mengambil anaknya dari taska kira-kira tengah hari pada 13 Mei dan mendapati terdapat kesan lebam dan calar di belakang, telinga dan pipi.
Dalam laporan polisnya, lelaki berusia 33 tahun itu berkata seorang guru mengaku telah memukul kanak-kanak lelaki itu dengan tangannya selepas dia membuang air besar dalam seluar.
Jurujual itu berkata, dia kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, di mana doktor mengesahkan kecederaan itu.
Katanya, anaknya trauma dengan kejadian itu dan takut untuk kembali ke taska.
Royston Tan, peguam yang mewakili lelaki itu, berkata polis masih belum membuat tangkapan walaupun kejadian yang didakwa berlaku lebih tiga minggu…