Menerusi video yang dimuat naik oleh @bidinalcarderk, kelihatan seorang lelaki sedang membantu ibunya membuat persiapan hari raya.
Dia kemudian berkongsi bahawa antara aktiviti persiapan raya paling penat perlu dilakukan adalah apabila ibunya menyuruh meleraikan daging untuk membuat serunding.
Lelaki tersebut sempat bertanya kepada orang ramai di ruangan kapsyen, apakah aktiviti persiapan raya paling penat yang mereka hadapi. Hal ini secara tidak langsung telah mencetuskan perbualan mengenai topik ini sesama netizen.