Tambahan pula jika cuaca hujan kerana jalan licin dan perlu lebih berhati-hati di jalan raya. Jika tidak, ia akan menyebabkan kemalangan atau insiden yang tidak diingini.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki berlanggar dengan rider Lalamove telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan terjatuh dari motornya selepas berlanggar dengan rider tersebut di jalan berdekatan Bangsar.
Difahamkan, rider tersebut melihat telefon bimbit sambil menunggang motosikal dan masuk ke arah kiri tanpa menoleh ke tepi terlebih dahulu.
Pada mulanya, lelaki berkenaan membebel kerana motornya terseret ke bahu jalan. Tetapi, selepas dia mendapati rider tersebut sedang menghantar pesanan ke pelanggan, dia membuat keputusan untuk bertenang.
Malah, dia siap memberikan sedikit wang kepada rider tersebut kerana cermin kiri motornya dipercayai juga turut patah.