Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lelaki Kongsi Momen Dijemput Datang Kenduri Tapi Kena Bayar Lauk & Air

today30 July 2024

Background


Tambahan pula, zaman sekarang sudah ramai yang menjemput para peniaga untuk membuka stesen makanan di majlis kahwin seperti apam balik, laksa, cendol, kuih-muih dan banyak lagi untuk para tetamu.

Namun begitu, lain pula dengan sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya hadir di kenduri yang menjual lauk serta minuman kepada tetamu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, kelihatan lelaki itu dan keluarganya hadir ke sebuah majlis kenduri yang dipercayai berlangsung di Thailand.

Apa yang mengundang bualan ramai adalah apabila mereka perlu membayar lauk dan minuman di kenduri itu sebelum menjamu hidangan. Manakala, nasi pula diberikan secara percuma oleh tuan rumah.

“First time dapat jemputan kenduri tapi lauk air minum kena bayar dulu,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post