Menerusi video di akaun Instagram @zulhilmi173, dia meluahkan rasa syukur selepas menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya yang berasal daripada Korea.
Dia juga berkongsi proses pernikahan di Korea yang dianggap sangat mudah dan tidak begitu susah.
Dalam satu temubual bersama SEISMIK, Zulhilmi memberitahu pernikahan di Seoul, Korea sangat mudah dan proses ijab kabul agak berbeza dengan Malaysia.
“(Dari segi proses pendaftaran nikah dari awal hingga akhir) – Pendaftaran nikah di Korea sangat mudah. Cuma perlu bawa beberapa jenis dokumen asas, kemudian AJK Masjid akan periksa dokumen, dan boleh terus jalankan akad nikah jika tiada masalah.
“Dalam keadaan kami, 10 Mac kami apply untuk nikah di masjid Itaewon, 12hb dapat jawapan, 13hb terbang ke Korea, 15hb selesai akad nikah,” katanya.
Ditanya mengenai bagaimana dia mengenali isterinya, Zulhilmi memberitahu mereka berkenalan dari laman Instagram sejak Oktober 2022.
“Wife follow content creator yang ajar bahasa…