Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaleeda_nasuha, kelihatan dia menerima kedatangan kawan lelakinya itu sehari sebelum hari pernikahannya.
Apa yang membuatkan gadis itu terkejut, kawannya tiba-tiba menyerahkan sepasang baju nikah perempuan yang sepatutnya dipakai oleh bakal isterinya.
Rupa-rupanya, bakal isteri lelaki tersebut telah curang dan dia yang masih bersedih tidak tahu nak buat apa dengan busana nikah itu. Lantas, dia terfikir untuk memberikan kepada kawannya saja.
“Last-last baju pengantin bakal isteri dia jadi baju raya aku,” kata gadis itu.