Hot FM

Lelaki Malaysia terlepas tali gantung di Singapura



Mahkamah Rayuan memutuskan wujud keraguan munasabah dalam kes terhadap lelaki Malaysia, Punithan Genasan.

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang dihukum gantung pada 2020 kerana tuduhan mengedar dadah dibebaskan selepas Mahkamah Rayuan Singapura membenarkan rayuannya.

Punithan Genasan, 39, didakwa bersubahat dengan dua lelaki, warga Malaysia, V Shanmugam Veloo dan lelaki tempatan Mohd Suief Ismail mengedar heroin tulen atau dikenali sebagai diamorphine.

Punithan didakwa memperkenalkan Shanmugam dengan Suief di tempat letak kereta McDonald’s West Coast pada 12 Okt 2011 untuk memudahkan transaksi penjualan dadah, menurut laporan Straits Times.

Dalam penghakimannya, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon bersama hakim Andrew Phang dan Tay Yong Kwang, memutuskan wujud keraguan munasabah sama ada pertemuan itu benar-benar berlaku pada hari kejadian.

“Memandangkan ini adalah kaitan yang perlu dibuktikan pendakwaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version