Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut ditembak di kepala ketika memandu

today26 April 2025

Background


garisan kuning
Ketua Polis Padawan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata dua lelaki membawa rakan mereka yang terbaring dalam kereta ke Balai Polis Batu Kawa pada 5.30 pagi tadi.
PETALING JAYA:

Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala dalam kereta di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa, Kuching.

Ketua Polis Padawan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat daripada dua lelaki yang datang ke Balai Polis Batu Kawa pada 5.30 pagi tadi.

Menurutnya, dua lelaki itu memaklumkan rakan mereka terbaring dalam kereta dipercayai terkena tembakan ketika memandu.

“Ketika datang ke balai, dua lelaki itu membawa rakan mereka yang terbaring dalam kereta dan pasukan siasatan IPD Padawan serta pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa berusia 34 tahun itu.

“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa,” katanya menurut Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post