Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut ditembak di Puchong Prima

today14 January 2024

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai seorang lelaki maut ditembak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Selamat tinggal Olimpik Paris

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara boleh melupakan hasrat untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mencatat kekalahan kali kedua berturut-turut apabila kalah 0-3 di tangan Kanada dalam aksi yang berlangsung di Estadio Betero di Valencia.

today14 January 2024