Site icon Hot FM

Lelaki maut ditembak di Puchong Prima


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai seorang lelaki maut ditembak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik yang tiba pada 5.30 petang mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version