Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut ditembak, polis tahan penganggur

today1 September 2023

Background


Menurut polis, pihaknya sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kes lelaki maut ditembak di Klang kelmarin. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, Klang, kelmarin.

Ketua Polis Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 20-an itu di Kapar pada 12 tengah hari semalam.

“Usaha mengesan suspek lain dalam kes ini sedang giat dijalankan.

“Kami juga menyiasat motif kejadian berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Rabu lalu.

Vijaya dilaporkan berkata, mereka menerima aduan berkaitan kejadian tembakan yang berlaku di kawasan Kapar dan siasatan awal mendapati saksi awam terdengar bunyi beberapa das tembakan serta kemalangan kecil di sekitar lokasi tempat kejadian.

Katanya, mangsa berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Tiada VAR pada final Piala Malaysia

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan kemungkinan penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) pada final Piala Malaysia hujung tahun ini tidak dapat digunakan.

today1 September 2023