
PETALING JAYA: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, Klang, kelmarin.
Ketua Polis Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 20-an itu di Kapar pada 12 tengah hari semalam.
“Usaha mengesan suspek lain dalam kes ini sedang giat dijalankan.
“Kami juga menyiasat motif kejadian berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut ditembak di Jalan Hamzah Alang, Rabu lalu.
Vijaya dilaporkan berkata, mereka menerima aduan berkaitan kejadian tembakan yang berlaku di kawasan Kapar dan siasatan awal mendapati saksi awam terdengar bunyi beberapa das tembakan serta kemalangan kecil di sekitar lokasi tempat kejadian.
Katanya, mangsa berusia 36 tahun itu mempunyai 12 rekod…
