Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut ditetak di kedai kopi

today25 February 2024

Background


Pemangku Ketua Polis Kulim Safuan Md Noor berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan. (Gambar fail)

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kulim, Safuan Md Noor, berkata dalam insiden kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Pahang Rangers benam Selangor FC

Kuantan: Pahang Rangers FC mula menemui sentuhan apabila membenam Selangor FC 8-4 pada perlawanan kedua saingan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini sebentar tadi.

today25 February 2024