PETALING JAYA: Seorang pengutip buah kelapa sawit maut selepas ditimpa tandan buah itu dalam kejadian di Parit Mat Keling, Bagan Serai, tengah hari tadi.
Mangsa, Jamaluddin Ariffin, 49, ditemui terbaring oleh pemilik kebun kira-kira 1.15 tengah hari.
Menurut abangnya, Abdul Wahab, 51, adiknya sebelum itu mengambil upah mengait kelapa sawit milik penduduk.
Katanya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang lagi abangnya yang bergegas ke tempat kerjanya.
“Arwah pernah bekerja kilang dan berhenti beberapa tahun lalu kerana isterinya, Zarina Jamaludin, 45, sakit dan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.
“Selepas berhenti kerja, arwah meneruskan kehidupan dengan membuat kerja-kerja kampung termasuk mengambil upah mengait buah kelapa sawit di sini,” katanya menurut Berita Harian.
Wahab berkata, adiknya sempat menangkap ikan dan…