Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highland

today23 May 2023

Background


Mangsa dilaporkan tergelincir ketika melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk menaikkan mayat mangsa mengunakan tali dan alat pengusung. (Gambar Bomba)

KUANTAN: Seorang lelaki maut dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20m di KM1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong.

Ketua Bomba Genting Highlands Mohd Saufi Zakaria, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip sebelum tergelincir.

Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 2.53 petang.

β€œBomba menjumpai lelaki itu kira-kira 3.30 petang sebelum menjalankan operasi menaikkan mayat mangsa menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post