Hot FM

Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika curi kabel


Video tular menunjukkan dua suspek dipercayai cuba memotong kabel elektrik sebelum berlaku letupan menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut manakala rakannya pengsan akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel elektrik di Persiaran Rishah 27, Taman Silibin Ria di Ipoh, Perak semalam.

Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam pada 6.07 petang yang melihat dan membuat rakaman video dua suspek memotong kabel berkenaan.

“Ketika memotong kabel tersebut, kabel itu tiba-tiba meletup mengakibatkan kedua-dua suspek pengsan namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Rakan si mati yang sedar dari pengsan kemudiannya melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda C100,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Abang Zainal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan suspek yang maut didapati mempunyai 10 rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version